Ling Lan diam-diam masuk kawasan kampung itu. Sekarang, kawasan kampung itu berlumuran dengan darah. Teruk sangat situasi dalam kampung itu. Ramai penduduk kampung telah mati di jalan raya atau di depan pintu rumah mereka. Mata mereka semua terbuka luas, dan merenung kosong pada kampung mereka yang telah dimusnahkan. Bagaikan roh mereka tidak tenang. Ekspresi muka mereka berlainan. Ada yang takut, merana, dan beberapa mayat kelihatan sedih tetapi marah pada masa yang sama. Mungkin mereka tidak boleh terima kenyataan ini, dan tertanya-tanya mengapa mereka ditimpa bala ini ketika mereka sedang hidup dengan aman...
Sepanjang perjalanannya, Ling Lan membongkok sekali. Dia menutup mata salah seorang penduduk kampung yang meninggal dunia akibat pembunuhan yang kejam itu. Pada ketika itu, tidak ada emosi pada pandangan Ling Lan. Pandangannya tenang sahaja, sambil badannya mengeluarkan aura yang kuat.