Chapter 86 - Intuisi?

Selepas pengumuman ini, Li Yingjie yang berada di bawah pentas, berdiri dengan muka yang terkejut. Seolah-olah dia tidak dapat menerima keputusan ini.

"Macam mana awak tahu inilah satu-satunya kelemahan saya?" Melihatkan Qi Long bersiap sedia untuk turun dari pentas, Li Yingjie tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya. Gerakannya tadi ialah gerakan membunuh terhebat, tetapi turut mempunyai kelemahan yang ketara. Orang biasa tak akan memilih untuk bertempur dengan cara yang mendatangkan kecederaan kepada kedua-dua belah pihak, kalau ada pilihan lain. Tetapi Qi Long memilih untuk menyerang titik kelemahan itu, ini sesuatu yang tidak dapat difahami oleh Li Yingjie.

Qi Long menggaru-garu kepalanya dan berfikir panjang sebelum menjawab, "Entahlah. Gerak hati saya kata begitu, penumbuk saya ikutkan saja."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS