Tidak lama lagi akan tiba hari kejohanan pemeringkatan pertengahan tahun, dan yang pertama sekali diadakan ialah ujian teori untuk pelbagai subjek. Ling Lan sangat yakin dengan ujian ini. Dia sememangnya mempunyai daya ingatan yang hebat dan kini dia juga mempunyai mesin penipuan terhebat, iaitu Empat Kecil, jadi hampir mustahil untuknya tidak mendapat markah penuh.
Walau bagaimanapun, Ling Lan tidak lama kemudian, mendapati yang dia terlalu yakin. Bukan mudah untuk memasuki Kelas Khas-A. IQ mereka semua sangat tinggi, seperti yang dibuktikan dengan skor yang dipaparkan pada papan kenyataan digital. Hampir semua pelajar Kelas Khas-A mendapat markah penuh, kecuali beberapa kanak-kanak yang ditolak satu atau dua markah akibat kecuaian.