"Mengapa tidak? Sekiranya awak tidak mempunyai sebarang matlamat, mari kita buat satu. Bos,sebaik sahaja awak mempunyai matlamat, maka awak tidak akan berasa ragu-ragu dan tidak pasti lagi." Semakin banyak Empat Kecil bercakap, semakin megah jadinya. Kemudian dia tiba-tiba menyedari yang dia benar-benar, seperti yang dijangkakan, antara yang paling bijak dalam kalangan bio-entiti pintar.
Masuk akal juga! Ling Lan memutuskan untuk mencuba kaedah Empat Kecil, walaupun dia nampak pelik... Mungkin dia akan jadi beruntung, seperti kucing buta yang tersadung tikus yang mati, dan akan terjumpa jalan penyelesaiannya.
Ling Lan begitu lama berfikir, dan kemudian, dengan wajah penuh kekeliruan, dia bertanya, "Empat Kecil, matlamat apa perlu saya bina sebenarnya?"
Empat Kecil diam tidak terkata. Bukankah ini sesuatu yang Bos patut tentukan sendiri? Kenapa Ling Lan bertanyakan kepada dia?