Chen Yifan memarahinya. "Awak minta maaf? Kalau awak betul-betul minta maaf, tolonglah jaga diri sendiri!"
Chen Yifan risau dengan Chen Yi'an yang lurus bendul. Dia risau adiknya akan kehilangan nyawa disebabkan sikap itu. Ibu bapanya sibuk bekerja jadi dia menghabiskan kebanyakan zaman kanak-kanak bersama-sama Chen Yi'an. Bagi ibu bapanya, Chen Yifan mungkin seorang kanak-kanak yang berkebolehan dan bersemangat. Bagaimanapun, dia juga melalui rintangan hidup dan turut berasa tertekan. Pada waktu itu, Chen Yi'an satu-satunya orang yang menangis bersamanya. Mereka saling menyokong di antara satu sama lain selama itu sehinggalah Chen Yifan pergi ke Akademi Ketenteraan Lelaki Ketiga.
Berbanding ibu bapanya, Chen Yifan lebih rapat dengan adiknya. Sebab itulah dia sanggup menyertai tentera bersama-sama adiknya walaupun dia sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap institusi ketenteraan.