"Tunggu," kata Chen Yifan dengan tegas.
"Tunggu?" Guo Rongqi berasa keliru. Kalau mereka tunggu, bukankah lebih membuang masa?
"Akan ada lebih banyak perangkap seperti itu di depan kita. Kalau kita berempat yang mendahului, kita tak ada peluang untuk menang dengan musuh. Kita kena ikut kumpulan utama dan cari peluang untuk melarikan diri daripada serangan hendap." Chen Yifan menyatakan pendapatnya.
Guo Rongqi bertenang selepas mendengar penerangan Chen Yifan. Dia berfikir seketika dan sedar cakap Chen Yifan itu ada betulnya. Mereka tidak tahu apa yang ada di hadapan. Sekiranya mereka hanya mara tergesa-gesa tanpa berfikir, pasti buruk akibatnya.
"Saya akan dengar cakap awak." Guo Rongqi merasakan Chen Yifan seorang yang bijak jadi dia membuat keputusan untuk mengikut sahaja.