Dahi Chen Yifan berkerut apabila ternampak hutan tebal itu. Tempat seperti ini ialah kawasan paling sesuai untuk memasang perangkap. Dia tertanya-tanya jika ahli veteran Puak Mecha 250 akan melakukan sesuatu di sini.
Guo Rongqi ialah seorang yang sentiasa berwaspada. Dia spontan berhenti sebaik sahaja melihat hutan di hadapan.
"Ada apa?" Seseorang bertanya.
"Hutan ini terlalu tebal. Pencahayaan di dalam tak berapa baik. Kalau senior mahu menguji kita, mereka mungkin menyerang hendap di dalam." Guo Rongqi berkongsi pendapatnya.
"Kita baru meliputi satu perlapan perjalanan. Kalaupun mereka mahu menguji kita, mereka tak akan meletakkan perangkap seawal ini." Seseorang memberi pendapat yang berbeza.
"Ya. Bukankah lebih baik kalau mereka menunggu hingga kita kehabisan tenaga sebelum menguji kita?" Mereka kepenatan tetapi masih bertenaga. Jika senior mahu menguji mereka, ini bukan masa yang sesuai.