Rekrut baharu lain mengangkat kening dengan rasa keliru apabila ternampak kumpulan itu berlari melepasi mereka. Sesetengah daripada rekrut baharu merasakan ahli kumpulan itu hanya membazirkan tenaga. Sementara itu, beberapa orang yang lain mendapat idea daripada tindakan kumpulan itu dan turut melajukan langkah masing-masing. Ada juga yang berlari di samping kumpulan tersebut. Selepas seketika, kumpulan yang sebelum ini dianggotai 30 orang rekrut baharu menjadi 50 orang. Kebanyakan rekrut baharu yang menyertai mereka mula-mula berlari bersendirian. Alang-alang mereka memang sedang berlari, apa salahnya jika mereka menyertai kumpulan itu?