Yang Mingzhi dan Liu Furong dalam diam berasa gembira melihatkan ketua kumpulan terakhir yang menamatkan misi adalah dari pasukan pertempuran Ling Lan. Mereka mahu melihat sekiranya komander rejimen yang tidak berhati perut dan kejam ini akan melayan ahli kumpulannya sama seperti dia melayan mereka.
Ling Lan tidak terkejut apabila Li Yingjie menjadi orang terakhir yang menyelesaikan misi. Ketika dia menugaskan Li Yingjie menjadi salah seorang ketua kumpulan, dia sudah menjangkakan hasilnya.
Ling Lan bukan sengaja cuba menyeksa Li Yingjie. Li Yingjie mempunyai kebolehan untuk menjadi ketua kumpulan. Dia sudah menjadi ketua semenjak berada di Akademi Pengakap. Namun, dia perlu mengubah sikap dan cara melakukan sesuatu. Dia memerlukan masa untuk mendapatkan pengiktirafan daripada ahli kumpulannya tetapi Ling Lan tidak ada masa untuk menunggunya.