"Tak guna!" Luo Lang menjerit marah sambil mengetap gigi. Muka dan matanya menjadi kemerah-merahan.
"Kita hanya boleh tolong dalam rawatan mereka. Mereka ada hak untuk berputus asa kalau mereka nak," balas Xie Yi sambil berkerut. Mereka hanya rekrut Puak Mecha 250. Pada masa yang sama, pangkat mereka adalah paling rendah di antara semua pengendali mecha. Sukar untuk askar veteran menghormati mereka.
"Hmph, memandangkan mereka nak kekal jadi sampah, biarkanlah mereka." Luo Lang tidak mahu meneruskan kerja yang rumit dan sia-sia. Lagipun Puak Mecha 250 bukan tanggungjawab mereka.
Luo Lang menarik Xie Yi dan meminta ahli Lingtian yang lain meninggalkan trek latihan. Mereka bersedia untuk membiarkan pengendali mecha ini menjaga diri sendiri.
"Saya beri kamu semua masa tiga minit untuk bangun!" Suara dingin bergema di tempat latihan.