He Xuyang tersenyum. "Sudah tentu, bantuan daripada pasukan tempur lain memang diperlukan." He Xuyang faham yang dia perlu berhenti pada waktu yang tepat. Dia bersedia melepaskan sedikit manfaat.
Wakil-wakil lain berasa lega mendengar kata-kata He Xuyang. Maksudnya, Divisyen Ke-23 bersedia berkongsi sedikit faedah dengan mereka. Masih ada ruang untuk berunding.
Maka mereka memulakan semula perbincangan. Wakil lain menjadi lebih rendah diri disebabkan He Xuyang mempunyai kelebihan. Tugas He Xuyang bertambah senang.
Namun bukannya mudah untuk memuaskan hati semua orang. He Xuyang tidak mahu merendahkan kepentingan Divisyen Ke-23. Dia cuma bersedia membenarkan divisyen lain membantu Divisyen Ke-23 membuat kajian ke atas mecha-mecha tersebut dan mendapat sedikit manfaat melalui usaha ini. Namun itu tidak mencukupi bagi divisyen-divisyen lain.