Kapten lanun antara galaksi itu berang apabila melihat hanya satu mecha jaguh yang kembali. Tempat letak tangan kerusi hampir patah dihentak olehnya.
Pemuda berambut perang yang bongkak itu memang tidak berguna. Dia tidak menyangka bahawa orang yang diharapkannya sebenarnya lemah. Pemuda itu mati sebaik saja bersemuka dengan lawan. Pengawal-pengawalnya boleh dikatakan gagah tetapi lawan mereka lebih hebat. Lawan mereka memusnahkan lima daripada enam mecha jaguh. Cuma kapten mereka yang terselamat.
Maksudnya, lanun antara galaksi itu tidak berpeluang untuk mengalahkan pihak lawan. Meskipun mempunyai tiga kapal angkasa, mereka tetap tidak akan berjaya menawan kapal pelayaran itu.
Kapten lanun antara galaksi masih bertahan di cakerawala setelah sekian lama dan tidak terbunuh dek kapal angkasa negara lain kerana ketepatannya membuat keputusan. Jika tahu yang dia tidak mampu menundukkan lawan, sudah pasti dia akan lari sebelum bertembung dengan mereka.