Ada sut pengendali yang sudah tersedia di bilik persalinan. Kumpulan Ling Lan seramai enam orang itu terus menukar sut pengendali mengikut saiz masing-masing.
Sut pengendali mempunyai fungsi anti tekanan dan kejutan. Sut ini harus dipakai oleh semua pengendali yang akan menaiki mecha.
Namun, dalam situasi terdesak, langkah ini boleh diabaikan. Tetapi akibatnya, pengendali mecha yang terselamat dalam pertempuran itu pasti akan cedera teruk. Bahanalah jika pengendali mecha bertempur dalam keadaan tubuh mereka tidak dilindungi sut pengendali.
Mereka berenam berlari semula ke ruang berkumpul sambil memanaskan badan. Dengan cara ini, kepantasan pengendalian mereka tidak akan terjejas kerana harus memanaskan badan terlebih dahulu.
Setiap mecha mempunyai pengendali yang serasi. Ling Lan dan kawan-kawannya juga mempunyai mecha sendiri. Begitulah aturannya sejak awal.