"Kenapa tak ikut bergerak kalau awak ada banyak masa sangat nak merepek?" Li Lanfeng berkata dengan dingin sewaktu berdiri di sebelah Li Yingjie.
Ketika Li Yingjie mahu marah pada Li Lanfeng, dia menoleh lalu melihat jegilan dingin dan garang di mata Li Lanfeng. Li Yingjie tidak dapat menahan diri daripada menggigil dan lekas-lekas berlari mendapatkan Lin Zhong-qing.
Wuwuwu, Li Lanfeng mesti sudah terlalu lama tinggal dengan Bos Lan. Sebab itulah dia terkesan dengan aura Bos Lan yang menggerunkan. Jika tidak, bagaimana Li Yingjie boleh takut dengan seseorang yang bukan berasal daripada keluarga utama seperti Li Lanfeng.