Memandangkan tiga negara ini saling mengawasi di antara satu sama lain, Aoqi menjadi satu-satunya lokasi di mana perdagangan di antara tiga negara ini boleh dijalankan. Ini menjadikan Aoqi seperti syurga membeli belah. Pedagang-pedagang dari galaksi lain datang ke Aoqi untuk berniaga.
Dari jauh, Aoqi kelihatan seperti sebiji bola kuning. Planet ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang sangat terang, jadi planet ini kelihatan teramat menonjol. Orang ramai mahu melawat planet ini disebabkan warnanya yang terang. Ini mungkin salah satu sebab kenapa planet ini merupakan planet yang sangat maju.
Kapal Feiyang perlahan-lahan berlabuh di pelabuhan angkasa Aoqi. Memandangkan banyak kapal pedagang datang ke Aoqi, tempat ini mempunyai pelabuhan angkasa yang sangat besar. Ketika kapal Feiyang berlabuh, banyak kapal pedagang masuk dan keluar dari pelabuhan tersebut.