Satu kemenangan hebat untuk mereka berlima kerana dapat membunuh hampir 160 orang musuh. Orang yang dibunuh itu juga bukannya orang biasa. Mereka ini adalah pembunuh profesional yang dilatih khas oleh Pertubuhan Roh. Ada di antara mereka adalah yang datang dari Darjat Hitam mahupun Darjat Merah.
Qi Long tersenyum. "Akhirnya saya buat juga sedikit senaman." Selepas habis bercakap, dia menghilangkan diri.
Li Lanfeng dan Zhao Jun saling berpandangan dan tersenyum. Mereka juga menghilangkan diri.
Li Yingjie memandang balkoni yang kosong. Dia menoleh untuk bertanya pada Lin Zhong-qing, "Mereka pergi mana?"
Lin Zhong-qing menunding ke arah bawah. "Mereka pergi bunuh orang."
Li Yingjie berasa marah. Dia berteriak, "Kenapa mereka tak ajak saya?"