Sebagai seseorang yang berhati-hati, Ling Lan tidak pergi berdekatan dengan ketul kristal itu.
'Empat Kecil, apa tu?'
Dia tidak ragu-ragu untuk memanggil Empat Kecil bila-bila masa yang dia suka. Ling Lan telah melepasi tempoh untuk rasa bersalah kerana menggunakan kanak-kanak sebagai kerahan tenaga. Lagipun, dia sudah menjaga Empat Kecil selama 20 tahun. Sifat baik hatinya sudah hilang selepas menuntut ilmu dengan Jurulatih Nombor Lima. Ling Lan bukan lagi seorang yang baik. Sudah tentulah dia juga bukan orang yang jahat.
Semakin Ling Lan menjadi kuat, semakin banyak maklumat yang dapat dikumpul oleh Empat Kecil. Oleh itu, Empat Kecil tidak lagi memerlukan isyarat untuk membaca data.
'Oh? Ini adalah superkomputer optik mini. Dicipta dengan bahan yang sama dengan peranti komunikasi Bos. Ini adalah manik komunikasi.' Empat Kecil melakukan carian mudah dan berjaya menjumpai maklumat mengenai ketul kristal tersebut.