Li Lanfeng selesai bercakap dan memandang Ling Lan. Dia berasa gemuruh. Dia tidak tahu kalau dia lakukan perkara yang betul tadi. Dia buat keadaan lebih rumit bagi mereka?
Li Lanfeng merasakan seperti berada dalam mesyuarat antara ibu bapa dan guru. Dia berharap Ling Lan akan bersetuju tetapi dia takut akan dikritik kerana tersilap.
Ling Lan mengangguk. "Pemerhatian Lanfeng sangat terperinci. Situasinya memang seperti apa yang dia katakan."
Li Yingjie bersetuju dengan kata-kata Li Lanfeng. Bagaimanapun, dia masih mempunyai soalan. "Tiga gadis ini akan berputus asa dengan kita?" Dia menjeling ke arah Li Lanfeng. Li Yingjie mahu Li Lanfeng menyelesaikan isu yang dimulakannya.
"Sebenarnya, kalau Lanfeng tak jemput mereka pun, mereka masih akan mendesak kita demi mendapatkan apa yang mereka mahukan. Mereka hanya akan berhenti kalau mereka jumpa sasaran baru." Ling Lan memberitahu mereka hal sebenar.