Apabila pengawal itu mendapati yang Ling Lan ialah ahli Kelas Khas-A, yang juga memilih untuk menjadi pelajar siang, dia terkejut. Selepas bertahun-tahun menjadi pengawal di sekolah ini, inilah kali pertama dia bertemu dengan seorang pelajar siang.
Ini menunjukkan yang kebebasan untuk menjadi pelajar siang yang ditawarkan oleh sekolah pada dasarnya hanyalah hak istimewa yang tidak bermakna. Kalau difikirkan, jelas sekali hal ini kerana, dengan sistem yang kompetitif di tempat ini, setiap pelajar akan berharap yang mereka boleh membuatkan masa 24 jam setiap hari kelihatan seperti 48 jam... Siapa yang sanggup membuang masa untuk berulang-alik ke sekolah?