Qi Long bukanlah seorang yang akan berundur daripada pergaduhan. Kata-kata Li Yingjie membuatkan Qi Long berasa jengkel dengannya, "Sombong? Kenapa kalau saya sombong? Awak tidak puas hatikah?" Kadang-kadang Qi Long boleh kelihatan agak biadap kerana dia tidak memikirkan kesan kata-katanya. Dia percaya yang sahabat baiknya, Han Jijyun pasti akan menyelamatkannya. Kini dia juga mempunyai Bos untuk menyokongnya, menyebabkannya berkelakuan lebih biadab.
Walau bagaimanapun, di belakangnya, 'perisai kukuhnya', Ling Lan dan Han Jijyun tidak begitu gembira. Mereka saling bertukar pandangan simpati dan tersenyuman sinis. Han Jijyun, khususnya, agak risau. Dia mendapati Qi Long telah menjadi lebih terburu-buru, dan ini sesuatu yang tidak elok. Dia memutuskan yang dia perlu berdepan dengan Qi Long dan membasuh otaknya secepat mungkin, sewaktu tidak ada orang lain di sekelilingnya.