Di jabatan pegawai Divisyen Ke-23, He Xuyang segera menghantar arahan kepada kerangka utama selepas pendaftaran rekrut selesai. Dia mengeluh kuat melihat arahan yang sedang dilaksanakan.
Penasihat kedua Tong Zhiying mahu membincangkan sesuatu tetapi ternampak riak wajah He Xuyang. Dia bertanya, "Apa yang berlaku?"
He Xuyang tidak tahu apa patut dikatakannya. Dia mengeluh lagi.
Tong Zhiying mula tertanya-tanya. "Apa sebenarnya yang berlaku?"
He Xuyang belum menutup layar komputernya. Dia menunjuk ke arah layat itu dan menyuruh Tong Zhiying melihat sendiri.
Tong Zhiying memandang sekilas maklumat itu. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa. "Pasukan Tempur Lingtian? Awak berdendam dengan mereka? Kenapa awak hantar mereka ke Puak Mecha 250?"
He Xuyang menjeling ke arahnya. "Ini ujian." Dia tidak boleh memberitahunya yang keputusan ini dibuat oleh Jeneral. Kasihan Tuan Muda Lan.