Chereads / TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 605 - Saya Tak Malukan Awak!

Chapter 605 - Saya Tak Malukan Awak!

Itu cuma alasan! Li Shiyu mendiamkan diri sendiri. Hakikatnya, dia mengabaikan rakan sepasukannya. Jika dia lebih prihatin terhadap Li Lanfeng, tentu dia akan menyedari perubahan pada kemahiran fizikalnya.

Li Shiyu rasa bersalah. Dia mula memarahi diri sendiri kerana masih tidak menganggap Li Lanfeng dan Zhao Jun sebagai sahabat baiknya. Jika ini melibatkan abang sepupunya, pasti dia sudah menyedari sebarang perubahan.

Li Shiyu tahu yang dia bersalah. Tetapi dia takut untuk melukai perasaan Zhao Jun dan Li Lanfeng. Jadi, dia menyuruh dirinya kekal tenang. Dia harus buat mereka yakin yang mereka penting baginya. Dia harus mula menganggap mereka seperti keluarganya sendiri mulai sekarang.

Li Lanfeng menggunakan satu ayat untuk menyelesaikan masalah kepercayaan yang mungkin ada di antara mereka. Ling Lan tersenyum. Li Lanfeng memang licik dan penuh muslihat. Dia berjaya mengubah situasi dalam sekelip mata.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS