Pernyataan Li Lanfeng dan Zhao Jun membuatkan wajah Shen Rufei tiba-tiba berubah. "Apa? Kamu berdua juga dari Lingtian?"
Kata-kata Shen Rufei membuatkan orang lain terjaga dari lamunan. Mereka sedar hal itu bukan satu ilusi. Li Lanfeng dan Zhao Jun benar-benar daripada Puak Pertempuran Lingtian. Macam mana boleh jadi begini? Mana ada kumpulan tersebut di Divisyen ke-23. Kapten mereka pergi ke Divisyen lainkah? Bagaimanapun, hanya orang daripada divisyen yang sama yang boleh menubuhkan sebuah pasukan...
Semua orang berasa keliru. Mereka tidak tahu jika Li Lanfeng dan Zhao Jun berkata demikian kerana mahu mempertahankan saudara junior mereka atau memang benar ada kumpulan seperti itu.
Selama beberapa tahun ini, Zhao Jun dan Li Lanfeng menolak jemputan untuk menyertai mana-mana pasukan pertempuran kerana mereka mahu membuktikan kesetiaan mereka kepada Pasukan Pertempuran Tidak Bernama. Sebab itulah kapten Pasukan Pertempuran Tidak Bernama merekrut mereka berdua.