Qi Long memandang dua orang Leftenan Kolonel lalu tersenyum meminta maaf. Dia berkata, "Terima kasih di atas jemputan Tuan. Tapi saya sudah pun ada pasukan sendiri."
"Awak dah ada pasukan tempur sendiri?" Kedua-dua orang Leftenan Kolonel itu berkerut. Salah seorang daripada mereka bertanya, "Pasukan mana?"
Qi Long menjawab dengan bangga, "Pasukan Tempur Lingtian!"
"Pasukan Tempur Lingtian?" Kedua-dua orang Leftenan Kolonel itu saling berpandangan. Mereka tidak pernah mendengar nama pasukan ini.
Pegawai-pegawai lain yang berminat di dalam kumpulan rekrut ini mula mencari maklumat mengenai pasukan tempur tersebut, tetapi tidak menemui apa-apa.
Sementara semua orang sedang mencari maklumat mengenai Pasukan Tempur Lingtian, seorang Mejar datang dari belakang. "Siapa Luo Lang?"
Luo Lang cepat-cepat memberi tabik. "Saya."