Chereads / TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 582 - Saling Berkenalan!

Chapter 582 - Saling Berkenalan!

'Bos. Sebenarnya, bos lebih teruk daripada dia,' Empat Kecil tidak dapat menahan diri lagi lantas berbisik perlahan.

Dia kemudian merasakan aura ganas menghampirinya lalu segera melarikan diri. Walau apa pun yang Ling Lan lakukan, Empat Kecil sudah tidak menyahut panggilannya. Ling Lan tahu yang Empat Kecil cuba mengelak daripada dimarahi.

Kata-kata Empat Kecil menyebabkan Ling Lan tanpa sedar menggaru-garu hidungnya. Empat Kecil kata diri Ling Lan lebih kelelakian daripada Ice Spirit. Ice Spirit masih nampak seperti perempuan tetapi rakan-rakan Ling Lan sendiri pun tentu tidak menyangka yang dia seorang gadis.

Ling Lan tertekan. Mengapa sahabat-sahabatnya tidak langsung mengesyakinya? Dia mewarisi kecantikan ibunya… Ling Lan tidak menemui jawapannya. Dia menyedapkan hati dengan mengatakan yang mereka buta. Dia tidak mahu mengakui yang auranya terlalu dominan dan kejam sehingga tiada siapa berani memandangnya dengan teliti.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS