Walaupun kerangka utama mengumumkan dia sebagai pemenang, Qi Yaoyang merasakan dia telah kalah. Di dalam medan pertempuran sebenar, pasti dia akan mati bersama-sama Ling Lan dan Ling Lan hanyalah seorang rekrut. Qi Yaoyang berasa hiba. Buat kali pertama, dia merasakan yang dirinya sudah tua.
Ling Lan begitu tenang. Riak wajahnya dingin dan kosong. Qi Yaoyang tidak dapat membaca jawapan daripada Ling Lan, maka dia cuma boleh menerima kata-kata Ling Lan tadi.
Dia curiga dengan tindakan Ling Lan tetapi itu tidak menghalangnya daripada berpuas hati dengan budak itu. Serangan jarak dekat dan jauh Ling Lan boleh dikatakan sempurna. Dia berjaya meletakkan Qi Yaoyang dalam situasi terdesak menggunakan serangan jarak jauhnya dan mempamerkan kebijaksanaan dalam pertempuran jarak dekat. Selepas pertempuran pun Ling Lan masih merendah diri.