Chapter 576 - Perdana!

Melihatkan wajah Ling Lan masih lagi sangat tenang dan tidak berubah ketika Yao Long tiba-tiba mendekatinya, mata Yao Lang berkilauan dengan perasaan kagum. Dia yakin Ling Lan ibarat anak benih berkualiti yang sedang menunggu untuk bercambah. Dia senyum dan bertanya, "Hey budak, ni pertama kali awak di sini? Siapa nama awak?"

Sudah tentulah Ling Lan tidak menjawabnya. Ling Lan bukannya bodoh. Dia berada di ibu pejabat pasukan khas. Kalau dia membuta tuli memberitahu namanya, hal ini memberi peluang kepada mereka untuk membalas dendam. Oleh itu, Ling Lan memilih untuk terus diam dan kekal tenang. Dia terus memandang Yao Lang dan tidak terfikir untuk menjawab soalannya pun.

Selepas diberi layanan dingin oleh Ling Lan, rakan-rakan Yao Lang yang memerhatikan situasi ini dari tepi serta-merta ketawa. Salah seorang daripada mereka sangat melebih-lebih sehingga menepuk paha sambil ketawa, "Hahaha, kelakar betul. Yao Lang, rupanya hari ini akhirnya tiba."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS