Chereads / TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 574 - Tubuhkan Pasukan Pertempuran!

Chapter 574 - Tubuhkan Pasukan Pertempuran!

Ketika semua orang di Divisyen ke-23 berkumpul di kem rekrut, sebuah kereta apung dipandu keluar daripada rumah agam Jeneral.

He Xuyang dan Ling Lan duduk bersebelahan di kerusi penumpang. He Xuyang memandang Ling Lan dengan wajah tenang. Dia berasa risau lalu bertanya, "Tuan Muda Lan, apa kata Tuan tunggu sekejap sebelum bentuk pasukan pertempuran? Tuan boleh biasakan diri dahulu dengan syarat dan peraturan di divisyen."

Jika seorang kapten berjaya menamatkan misi untuk membentuk pasukan pertempuran di Dunia Mecha, kapten ini boleh membentuk pasukan pertempuran di dalam dunia sebenar.

Namun membentuk pasukan pertempuran bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai rekrut yang memohon untuk membentuk pasukan pertempuran tetapi gagal. Terdapat tiga misi yang perlu diselesaikan bagi membentuk pasukan pertempuran. Dua misi itu terdapat di dunia maya dan satu lagi misi pula perlu diselesaikan di dunia sebenar.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS