Kapten itu tersenyum. "Kalau komander mahu memberi pengajaran kepada Ling Lan sekalipun, jeneral tak akan benarkan."
Naib kaptennya terdiam. "Maksudnya, Jeneral Ling Xiao tak akan beri peluang kepada komander untuk bertindak?"
"Kita tunggu dan lihat. Saya rasa, pasukan khas akan diberikan misi tidak lama lagi. Cuma saya tak pasti selama mana misi tersebut." Pasukan Khas Penyengat bersalah. Jadi, memang munasabah jika Jeneral Ling Xiao memberi mereka pengajaran. Dia cuma berharap yang jeneral tidak akan berdendam dengan semua pasukan khas.
Naib kapten memahami situasi itu. Dia berkata dengan nada mencemuh, "Saya tahu yang Lian Shaojing memang membebankan. Kenapa Pasukan Khas Penyengat memilihnya?" Lian Shaojing disyorkan oleh kapten Pasukan Khas Penyengat. Jadi tindakannya mewakili seluruh pasukan khas. Sebab itulah Jeneral Ling Xiao mungkin akan melampiaskan marahnya kepada seluruh pasukan khas.