Kelancaran dan kepantasan rekrut-rekrut baru itu menumpaskan Pasukan Khas Penyengat membuatkan kapten bertugas dan ahli pasukannya terkejut. Rekrut-rekrut baru ini benar-benar askar yang baru menyertai divisyen? Mereka lebih terancang dan tersusun berbanding mereka yang merupakan askar veteran.
Kapten yang bertugas itu merenung pemuda dingin yang duduk di barisan paling hadapan. Dia sedang meneka-neka siapakah pemuda ini. Pada ketika itu, pemuda itu seolah-olah dapat menghidu sesuatu dan merenung tajam ke arah kapten tersebut. Pandangan itu seperti anak panah ais yang menusuk hati kapten dan menyelubunginya dalam kedinginan.
Namun begitu, renungan dingin inilah yang menyedarkan kapten bertugas itu daripada lamunannya. Dia segera memberikan arahan kepada orang bawahannya, "Cepat beri mereka bantuan perubatan."