Di saat Ling Lan mengetuai pasukan tempurnya berjalan keluar dari rumah agam, mereka melihat ramai orang menunggu di luar dan masing-masing mengenakan pakaian seragam Divisyen Ke-23. Ada lebih kurang 100 orang dan hampir kesemuanya merupakan lepasan Pusat Akademi Pengakap. Ling Lan sendiri pernah memberi tunjuk ajar kepada mereka sebelum ini. Mereka yang mengambil major mecha sudah pun menjadi pengendali kelas khas, manakala kadet-kadet yang mengambil major lain semuanya sudah menjadi pengendali mecha tertinggi. Satu-satunya sebab mereka diterima masuk ke Divisyen Ke-23 adalah kerana mereka merupakan yang terbaik dalam major masing-masing.
Mereka menjadi pengikut Ling Lan dan membesar dengannya. Sekarang, mereka semua mendaftar dalam Divisyen Ke-23. Jelas yang mereka mahu menjadi anak buah Ling Lan. Tetapi itu bergantung sama ada Ling Lan mahu menempa kemasyhuran atau tidak,