Ling Lan membalas dengan tenang, "Mudah saja, bukan?"
Ji Sheng menoleh dan dalam diam berasa mahu menangis. Bakat mengendali mechanya sangat teruk ke? Dia langsung tidak sebagus Lan Si yang pendiam.
Lan Si adalah seorang pelajar yang senyap di sekolah dan prestasi pembelajarannya sentiasa di belakang Ji Sheng, sebab itulah Ji Sheng fikir kemahiran mengendali mechanya sedikit lebih baik berbanding Lan Si. Walau bagaimanapun, nampaknya ini hanya imaginasi Ji Sheng.
Selepas melalui tempoh persediaan yang pendek, pasukan Ling Lan bergerak masuk ke medan pertempuran. Musuh mereka juga tidaklah begitu kuat, jadi pasukan tentera Mandora membiarkan pengendali mecha tahap rendah seperti mereka untuk turut berlawan.