Perlawanan pertama yang berlaku selepas Ling Lan pergi bermeditasi adalah di antara Puak Mecha Lingtian dengan Puak Mecha Tianji. Puak Mecha Tianji merupakan kumpulan di kedudukan ketiga dalam akademi ketenteraan mereka. Mereka sentiasa berada satu tangga di bawah Puak Mecha Lingtian. Tianji mempunyai bilangan pengendali mecha yang lebih ramai berbanding Lingtian dan kualiti pengendali mecha mereka juga lebih baik. Ramai merasakan yang Puak Mecha Lingtian akan kalah dalam pertempuran ini dan terpaksa melepaskan kedudukan mereka di tangga pertama.
Di permulaan pertempuran, Puak Mecha Lingtian tidak bersedia dan lima daripada mereka tersingkir dalam tempoh sejam. Para penonton merasakan yang telahan mereka benar .