Mereka berdua memusingkan kepala untuk memandang skrin besar, di mana terdapat banyak pokok tinggi dan besar. Ini adalah peta yang paling susah di dalam pertandingan - peta hutan.
"Peta yang terbaik untuk melakukan serangan hendap dan diserang hendap." Hujung mulut Tang Yu terangkat membentuk satu senyuman. "Boleh tahan juga nasib Ling Lan. Dia berjaya dapatkan peta yang sesuai untuk dirinya."
Pengetua terus bertanya ingin tahu, "Kenapa pula?"
"Walaupun pengendali kelas khas puak Lingtian baru sahaja menginjak tahap dan kurang pengalaman berbanding pengendali Leiting, Ling Lan suka menyeksa mereka. Mereka akan dibunuh walaupun Ling Lan berupaya mengalahkan mereka di dalam perlawanan biasa." Ini mengingatkan Tang Yu mengenai pertempuran "satu lawan ramai" yang pernah dilihatnya lalu dia ketawa kecil.