Selepas Puak Mecha Lingtian mengambil para pelajar baru yang berpotensi besar, bilangan mereka mencecah piawai puak mecha saiz sederhana. Pada tahap ini, Puak Mecha Lingtian bukan lagi puak mecha kecil seperti dulu. Dengan kegemilangan dan prestij yang mereka perolehi tahun lepas berserta persembahan cemerlang kemahiran pengendalian Ling Lan dengan mecha jarak jauhnya yang mengejutkan pengendali mecha lain… semua ini membenarkan Lingtian akhirnya memiliki angkatan tempur pertama dengan kekuatan yang besar dan budaya mereka sendiri.
Tetapi, tahun baru bermaksud permulaan baru. Tiada satu puak tempur yang berpuas hati dengan kedudukan mereka sekarang. Masing-masing mahu menjadi lebih baik—satu pertempuran merebut kuasa akan bermula tidak lama lagi.
Semua puak mecha menunggu seseorang mencabar Lingtian terlebih dahulu. Di saat sukar begini, semua ahli Puak Mecha Lingtian mendiamkan diri.