"Bos kamu, Huo Zhenyu, sudah buat perjanjian. Kita akan selesaikan hal ini di Divisyen ke-23, tiga tahun selepas ini." Riak wajah Ling Lan bersahaja ketika memberitahu tentang perjanjian di antara dia dan Huo Zhenyu.
Nie Feng-ming mengangguk dan berkata, "Janji Bos Huo adalah janji saya juga. Tiga tahun selepas ini, saya akan menunggu awak di Divisyen ke-23." Nie Feng-ming menenung Ling Lan sekali lagi dan menyambung, "Tapi saya tetap perlu berterima kasih pada awak."
Ling Lan terpempan. Mengapa pula Nie Feng-ming berterima kasih padanya setelah Ling Lan dengan kejam menyebabkan dia mensia-siakan masa selama setahun?