Chapter 518 - Ketagihan!

"Saya sepatutnya ingatkan Bos." Empat Kecil tertunduk malu. Tugasnya adalah menasihati Ling Lan sebagai pembantu, tetapi sebaliknya dia terleka.

"Sebab tu kita kena ingat pengajaran ni. Di masa hadapan, kita perlu saling mengawasi. Tak kira siapa yang buat silap, yang lain akan bantu untuk mencari jalan keluar." Ling Lan tersenyum ke arah Empat Kecil. Hanya di dalam ruang mindanya Ling Lan bebas menjadi dirinya dan tidak perlu berkelakuan seperti seorang bos.

Mata dan wajah Ling Lan yang gembira membuatkan Empat Kecil terpegun.

Wajah Empat Kecil yang terkejut membuatkan angin Ling Lan menjadi bertambah baik. Dia menjentik jarinya dan berkata, "Budak dungu, tengok apa tu?"

Empat Kecil menjerit terkejut dan menggosok-gosok dahinya. Dia memandang bosnya dengan mata yang sedih, mengkritik sifat bosnya yang tidak ada belas kasihan itu. Wuwuwu, dahinya pasti merah selepas dijentik oleh Bos. Sangat menyakitkan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS