Xie Yi berjalan di sebelah Qi Long tanpa membuat bunyi dan mereka berdua memegang sisi lelaki yang pengsan tadi dan mengheretnya ke arah khemah komander. Qi Long terus bercakap dengan perlahan, "Macam ni ceritanya..."
Selepas itu, suara Qi Long menjadi semakin perlahan dan hanya beberapa perkataan seperti rasuah dan korupsi yang dapat didengari. Hal ini membuatkan mereka di dalam khemah mahu keluar untuk mendengar dengan lebih jelas.
Namun selepas memikirkan yang Pakar Strategi Zhuge masih berada di kawasan tempat tinggal komander, mereka serta-merta melupakan hasrat tersebut. Mereka tidak mahu melihat wajahnya yang sering tersenyum itu. Dalam kemesraan, dia boleh membuatkan seseorang kehilangan tempat berteduh dan jatuh muflis tanpa orang itu dapat melihat percaturannya...
Ling Lan mendapati ada tiga orang di dalam khemah komander. Dia tidak menunggu untuk berfikir, hanya mengangkat tirai khemah dan terus masuk ke dalam.