Chapter 507 - Krisis!

Qiao Ting dan yang lain sedang berehat di kem sementara. Ketika ini, mereka sudah pun menawan hampir semua ibu pejabat dalam Kawasan P. Baki yang tinggal adalah beberapa akademi ketenteraan yang berada di bawah kawalan mereka. Meskipun tiga akademi itu telah membentuk hubungan sekutu, hakikatnya, ahli pakatan ini mungkin terdiri daripada 15 hingga 16 akademi ketenteraan berbeza. Sebab ini jugalah mereka boleh menawan dua kawasan itu dengan mudah.

Qiao Ting membongkok pada panel kawalannya sambil menutup mata. Dia sedang mempertimbangkan sama ada mahu meninjau Kawasan M memandangkan sekarang ini Kawasan P sudah stabil. Tiba-tiba dia terdengar bunyi penggera datang dari kokpitnya. Dia membuka mata dan menyedari yang mechanya telah menerima permohonan panggilan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS