Dia segera memberi arahan kepada ahli pasukannya, "Kita berundur!"
"Tak semudah itu kamu boleh lari!" Satu suara kuat kedengaran di udara dan sebuah mecha jaguh tiba-tiba muncul di hadapan mereka.
"Qiao Ting!" teriak kapten itu dengan riak muka suram.
"Saya tak fikir Akademi Ketenteraan Lelaki Ketiga yang sebenarnya memburu pasukan penyerang lain. Idea kamu memang bagus. Malah kamu fikir kamu boleh salahkan kami, Akademi Ketenteraan Lelaki Pertama!" Qiao Ting berkata sambil ketawa sinis.
"Kalau saya kata yang kami terserempak dengan situasi ini, kamu percaya tak?" Kapten Akademi Ketenteraan Lelaki Ketiga itu mencelah sambil menggigit bibirnya. Sewaktu dia membawa pasukan tempurnya ke tempat pertempuran berlaku ini, mereka sudah pun menjadi suspek utama… Namun, dia tetap mahu mencuba yang terbaik untuk memberi penjelasan kerana hal ini benar-benar tiada kaitan dengan mereka. Tidak adil dan mengecewakan jika mereka dipersalahkan.