Mujur ahli pasukan Qiao Ting semuanya masih ingat tentang peraturan pertempuran besar-besaran dan tidak menembak kokpit pihak lawan. Jika tidak, serangan cahaya yang tak dijangka ini akan memusnahkan ramai ahli pasukan Akademi Ketenteraan Feihong.
Walaupun begitu, cahaya merah mula memancar di skrin mecha musuh. Sistem A.I, mecha mula membuat pengumuman berulang kali, "Anda dah mati!" Pengumuman ini bermakna ahli pasukan itu telah disingkirkan daripada acara pertempuran ini. Para pengendali mecha di dalam kokpit ini berasa sangat marah sehinggakan mereka menghentak panel kawalan mecha. Pertempuran besar-besaran baru sahaja bermula dan mereka disingkirkan sebelum sempat berbuat apa-apa… Qiao Ting memang seorang yang keji. Dia turut menembak pasukan penyerang dari akademi lain… Dia tak risau ke kelakuannya ini akan membuatkan orang marah?