Chapter 491 - Kelemahan?

Tidak lama selepas itu, satu peta bintang muncul dalam ruang minda Ling Lan. Mula-mula, Ling Lan nampak bahagian berhampiran planet Qiming dan diikuti dengan jaluran besar asteroid. Tiada ruang untuk planet besar berada di situ. Di sisi planet Qiming pula, di hadapannya adalah planet Youming, di kirinya planet Zhiyuan dan kanan planet Shiqiu. Cuma bahagian belakang planet Qiming yang mempunyai planet berjarak bertahun-tahun cahaya darinya. Begitu gelap seolah-olah ada lohong hitam di bahagian peta bintang tersebut. Puas Ling Lan merenung, tapi bahagian itu tetap nampak agak pelik.

'Lokasi di belakang planet Qiming ini ditandakan sebagai satu tempat di mana gelombang pasang surut terbentuk, menghalang mana-mana kapal menghampirinya…' Ling Lan terlihat label pada peta bintang. Dia sudah faham sepenuhnya. 'Planet Gemini bagi planet Qiming berada di belakangnya.'

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS