Dahi Empat Kecil sakit kerana dijentik. Dia bertambah takut dan tersedu-sedan. "Bos, tadi, saya hampir tak dapat bertemu Bos lagi."
Kata-kata Empat Kecil membuatkan Ling Lan tercengang. Dia menunggu penjelasan daripada Empat Kecil, tetapi budak itu terus memeluk paha Ling Lan tanpa berkata apa-apa.
Menyedari ketakutan Empat Kecil, Ling Lan mengusap lembut rambutnya dan berkata, "Empat Kecil, awak harus ingat. Jika tiba-tiba awak menghilang satu hari nanti, dah tentu saya akan cari awak. Pasti!"
Nada serius Ling Lan memujuk hati Empat Kecil yang ketakutan. Emosi Empat Kecil perlahan-lahan tenang. Dia mengangguk dan menjawab perlahan, "Baik, saya percaya pada Bos!"