Ling Lan yang sedang menunggu ahli pasukannya berkumpul, tidak hanya menanti dengan sia-sia. Dia mengeluarkan senapang cahaya jarak jauh, membidik ke arah bawah dan menembak tanpa tujuan spesifik.
Satu pancaran cahaya turun dari langit, ditembak merentasi kegelapan.
"Bang." Terdengar satu bunyi perlahan. Tembakan cahaya yang kena pada tanah itu tidak mengeluarkan bunyi kuat. Cahaya terang tersebut hilang serta-merta tanpa meninggalkan jejak. Seolah-olah ditelan oleh sesuatu.
"Perasaan ni. Tak ada tanah di bawah kita.." Ling Lan berkerut. Wajahnya serius. Dia kemudian bertanya pada Empat Kecil, 'Empat Kecil, awak dapat apa-apa maklumat berdasarkan tembakan tadi?'