Setelah melihat puak Tianji berubah haluan dan menyokong Ling Lan, Han Yu tahu bantahannya tidak akan memberi apa-apa kesan. Dia hanya boleh berkata dengan marah, "Kami puak Wuji juga menyokong Kapten Ling!"
Sebaik sahaja Han Yu selesai bercakap, Ling Lan bingkas berdiri. Dia merenung tajam ke arah semua ahli pasukan sambil berkata, "Saya mahu tugas komander ini bukan sebab pengaruh dan kuasa, tetapi kerana saya mahu mengetuai pasukan ini dan menjadi pemenang pertempuran besar-besaran!" Dia menoleh ke arah Li Lanfeng dan berkata, "Lanfeng, keluarkan plan strategi yang kamu semua sudah bincangkan dan edarkan kepada setiap ketua kumpulan!"
Li Lanfeng mengangguk. Dia memandang Han Jijyun yang mengambil beg sandang di belakangnya lalu mengeluarkan satu timbunan fail. Luo Lang, Xie Yi dan Lin Zhong-qing berjalan menghampiri mereka dan membantu Han Jijyun mengedarkan fail-fail ini kepada setiap ketua kumpulan.