Chapter 479 - Komander!

"Bos, jangan risau, saya dah hafal semuanya!" Empat Kecil tiba-tiba bersuara, membuatkan jantung Ling Lan tersentak.

Mata Ling Lan mula beralih dari banjaran gunung tersebut dan dalam masa yang sama berkata, "Empat Kecil, jangan kacau saya. Saya nak tengok berapa banyak yang saya boleh ingat dalam masa satu minit."

Empat Kecil memahami lalu tidak lagi membuat bising, hanya menunggu dalam diam. Tidak kira sama ada Bos Lan boleh ingat atau tidak, jika ada keperluan dia akan muncul dan membantu.

Selepas satu minit, imej di atas skrin besar itu sudah hilang. Ling Lan menutup mata, melihat semula dan menguatkan lagi apa yang telah dihafalnya dalam masa satu minit tadi. Ling Lan membuat keputusan hanya akan bergantung pada kekuatannya untuk menyelesaikan masalah melainkan dia tidak ada cara lain. Dia mahu melalui pengalaman yang dipelajari sebelum ini dan menggunakannya dalam pertarungan besar-besaran selepas ini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS