Mereka berdua adalah pengendali jaguh, setanding dari segi kemahiran berlawan. Bagaimanapun pemenang masih perlu ditentukan dalam perlawanan ini. Selepas bertarung dengan sengit selama beberapa pusingan, mereka berdua mahu menamatkan perlawanan. Tanpa dirancang, mereka berdua serentak melakukan aksi menyerang yang paling hebat.
"Serangan Puting Beliung!" Ini teknik maut Jiang Shaoyu.
"Serangan Beriak!" Ini kemahiran kelas tertinggi Lin Xiao yang dirahsiakan.
Satu mecha dilihat mula berputar dengan laju sambil memegang senjata manakala senjata dingin yang dipegang oleh mecha satu lagi itu mula berputar ganas. Satu pihak menggunakan seluruh badan dengan daya kuasa yang kuat manakala satu lagi pihak menghasilkan daya pemusnah daripada putaran yang laju senjatanya, bertujuan untuk mencalarkan pihak lawan dan seterusnya membuka peluang — kedua-dua senjata akhirnya bertembung!