Chereads / TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 474 - Mara ke Peringkat Akhir

Chapter 474 - Mara ke Peringkat Akhir

Zhao Jun sebenarnya mahu mengulangi serangan kombo hingga ke tujuh serangan seperti yang dilakukannya di dalam ruang minda tadi. Malangnya jari-jemarinya menggeletar dan menjadi perlahan selepas memasukkan separuh arahan pergerakan. Perasaan tenang yang dirasainya ketika itu hilang serta-merta dan kombo tujuh serangan tersebut gagal dihasilkan.

Walaupun Zhao Jun berasa sedikit berduka, pada masa yang sama dia tidak begitu kesal. Dia sudah pun sangat berpuas hati kerana dapat melakukan serangan kombo enam rangkaian. Ini bermakna dia sudah melepasi keadaan tersekat yang selama ini mengekang dirinya untuk menjadi pengendali tahap jaguh. Jika dia berjaya menghasilkan serangan kombo enam berangkai secara konsisten, secara rasminya dia boleh menjadi pengendali jaguh apabila pulang ke akademi ketenteraan nanti.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS