Untuk perlawanan kedua ini, kedua-dua mecha yang bertarung di medan tempur itu sama-sama merupakan mecha kelas khas jenis seimbang. Kedua-dua peserta juga pernah menyertai acara tempur perseorangan sebelum ini dan masing-masing berjaya masuk ke senarai 16 peserta teratas. Dengan tahap kekuatan yang hampir sama, mana-mana pihak mempunyai peluang untuk menang.
Akademi Ketenteraan Lelaki Pertama sangat memandang penting perlawanan ini. Andai mereka kalah satu lagi perlawanan, buruklah situasi mereka. Tiada ruang untuk berlakunya sedikit pun kesalahan dalam tiga perlawanan seterusnya. Di pihak Akademi Ketenteraan Lelaki Ketiga pula, perlawanan ini lebih penting bagi mereka. Jika berjaya memenangi perlawanan ini juga, peluang mereka untuk mara ke peringkat akhir bertambah besar... selagi masih ada peluang, tiada siapa mahu menyerah kalah. Begitulah jugalah halnya dengan Akademi Ketenteraan Lelaki Ketiga.