Chereads / TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 453 - Bertaruh atau Tidak?

Chapter 453 - Bertaruh atau Tidak?

Ling Lan mengetuai ahli Lingtian keluar dari stadium tempur. Mereka baru melepasi gerbang laluan ke pentas belakang apabila terdengar sorakan gembira. Ling Lan menoleh ke arah suara tersebut dan melihat sekumpulan kadet berdiri di situ. Lin Xiao yang baru mengalahkan Jiang Shaoyu keluar dari laluan — tentu dialah punca sorakan ini.

Li Lanfeng yang memerhatikan Ling Lan dari tadi perasan yang perhatian Ling Lan teralih pada kadet-kadet berkenaan. Dia lalu menjelaskan, "Mereka ini peserta daripada Akademi Ketenteraan Campuran Pertama. Mereka patut berada di sini untuk menjemput pulang pemimpin pasukan mereka, Lin Xiao."

Ling Lan membalas dengan anggukan perlahan. Sudah tentulah dia tahu yang mereka daripada Akademi Ketenteraan Campuran Pertama kerana dia terlihat kelibat dua orang yang dikenalinya dalam kumpulan itu — Luo Chao dan Han Xuya. Tetapi, perhatian kedua-dua gadis itu tertumpu pada Lin Xiao. Jadi, mereka tidak menyedari kehadiran kumpulan Ling Lan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS